Thursday, June 24, 2010

HeartlessSSS~


sesungguhnya apa yang kita rancangkan tak semestinya menjadi kenyataan. kita hendakkan perkara itu nampak ekslusif dan mewah, tapi kalau tidak diizinkanNya..memang tidak menjadi. Sedih bukan kepalang, perasaan yang telah dicurah selama ini kepadanya terkubur begitu sahaja. aku telah memujuknya dan memastikan yang hubungan ini berkekalan..namun satu yang aku belum laksanakan, bercakap dengannya. aku amat takut untuk membincangkan perkara ini dengan lebih serius, takut tak menjadi kerana dalam masa sehari banyak benda akan berubah..apatah lagi perhubungan yang dibina berdasarkan cinta...masing masing ego sebenarnya untuk mengakui perkara ini..sekali lagi..hubungan aku dengannyaa tergantun bukan aku yang menggantungkannya kali ini..tetapi dia..biarlah jodoh dan masa yang menentukan...


ye la Azhar.. baginya kumbang bukan seekor..dan kau jugak Azhar..bunga bukan sekuntum..tepuk dada tanya selera..ramai yang sudi denganmu kenapa dia jugak yang kau kejar...?

No comments: