Tuesday, June 8, 2010

Malam Ku Bermimpi...

Malam tadi aku bermimpi..umpamanya mimpi itu sangat real...aku terbangun dari tdur pada pukul 4.46 a.m sebab aku terkejut, mimpi itu aku rasakan sangat-sangat real. Tatkala itu aku sangat bahagia. Lupa segala sengketa yang berlaku dan hilang segala masalah yang melingkari. Tak pernah aku bermimipi sebegini semenjak beberapa tahun sudah..aku suka hanyut dalam khayalan kerana sukar untuk aku mendapatkan bahagia apabila bahagia itu aku lemas untuk mencarinya. Banyak yang membawa aku kepada mimpi itu...walaupun aku tidak mengenali siapa orang yang hadir dalam mimpi itu, tetapi aku dapat raskan orang itu sebenarnya berada dalam ruang lingkup kehidupan aku. kebahagiaan yang sukar untuk kita temui dalam dunia realiti. Bukan apa, sebab ramai antara kita masih berusaha menyempurnakan kebahagiaan itu tetapi tidak terlaksana atas pelbagai kekangan yang terpaksa kita tempuhi agar tidak lari daripada apa yang kita pegang. Mimpi itu aku harapkan suatu hari nanti menjadi real... sebab apa yang diinginkan dalam dunia realiti, kita perolehi dalam mimpi...kerana itulah aku rasa nikmatnya tidur...

*p/s Jangan tak tidur..nanti mata sembab!

No comments: