Monday, May 31, 2010

rESULT OH rESULt

TERUKNYA AKU RASA AKU NI....TAK SANGKA LAK RESULT EXAM BEBARU NI YANG AKU SANGKA AKU SCORE BOLEH NAK MAMPUS TERUK.AKU TAK TAHU LAH MANA YANG SALAH SEBENARNYA. TERPAKSA LAH MENGAKU ITU SEMUA SALAH AKU.

  • OVERCONFIDENCE
  • STUDY LAST MINUTE
  • TOO BZ KONONNYA NGAN KJA..WALHAL AKU OK JER
  • AKU MEMANG TAK TAHU MANA SILAPNYA...
  • COBAAN~

MUNGKIN APA YANG KITA JANGKA TAK SEMESTINYA AKAN KITA KECAPI, PENGAJARAN UNTUK AKU DAN KEHIDUPANKU YANG SEMAKIN TERUMBANG AMBING INI. SUSAH NAK SALAHKAN ORG ATAS KEJATUHAN KITA, SEBAB APA YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAHNYA...SEBAB SEMUA ORG PASTI YANG TERJADI ITU ADALAH KETENTUANNYA..AKU PASRAH.

Thursday, May 27, 2010

Menang dan Kalah...

Acap kali kita inginkan kemenangan dalam perjalanan hidup ini. apapun yang kita lakukan kita sebenarnya berlumba lumba untuk meraih kejayaan. siapa yang terbaik dialah yang menang dan mendapat nama. Kekalahan merupakan kekecewaan yang pada mata kasar akan menjatuhkan kreadibiliti orang perseorangan tersebut. ANGKAT TANGAN kepada sesiapa yang ingin kalah. Lebih - lebih lagi dalam pertaruhan mempertaruhkan maruah sendiri, masing - masing rela untuk bermusuhan untuk menunjukkan kehebatan sendiri. Tatkala inilah kita dapat lihat kawan menjadi lawan tak kurang juga ada kawan yang menikam kawan. setiap kita sebenarnya tidak lari daripada memiliki perasaan ini. Sikap dengki dan irihati atas kejayaan seseorang mendapat apa yang di hajati dan mendapat kepastian mngenai banyak perkara. Langkah mereka kian mengorak, manakala yang kalah di tinggalkan di belakang dan terus menjadi kera sumbang dalam kehidupannya. Mengakui kesalahan sendiri dalam meyoroti kekalahan bukan mudah. Ramai yang kecundang dalam langkah yang di atur sendiri. Orang kata apa yang penting adalah strategi, tapi Nasib kalau tidak menyebelahi juga tidak bermakna apa - apa. Semua atas ketentuan Allah. ya, ramai akan berkata clichae, "xpe, kalah sekali bukan bermaksud kalah selamanya"...yess..memang tidak akan kalah selamanya, tapi fikir fikirkan lah mana mereka ingin letakkan muka sekiranya kekalahan yang tidak diingini itu mendorong mereka untuk tidak berusaha menebus kekecewaan. Ramai antara kawan kawan kita bangkit dari kekecewaan dan terus mara kehadapan. Tanpa menoleh ke belakang sedikitpun mereka mampu untuk meneruskan kehidupan walaupun ramai yang mencemuh. tapi, semangat dan nafas untuk bangkit semula ini memerlukan teman rapat dan sokongan keluarga agar "self esteem" mereka tidak punah begitu sahaja. Tahniah kepada mereka yang berjaya melawan kekangan mulut longkang manusia lain yang suka menjahankan bangsa sendiri agar lebih maju. Banyak contoh yang boleh kita lihat dari sudut kalah dan menang ini..
  1. seseorang yang ingin menjadi kurus ataupun berisi selalunya tidak mendapat sokongan ramai teman, kerana apa, Masyarakat Malaysia yang suka memandang negatif sesuatu perkara.."alah..Kalau ngko diet dan sukan walaubagaimanapun ko tetap akan jadik gemukkk"...bagi orang gemuk, sokongan daripada kawan - kawan amatlah besar dan ini akan menambahkan keyakinan mereka untuk mengurangkan berat badan. dan ada juga yang selalunya memerlukan ruang sendiri untuk bersukan dan diet kerana ini mampu untuk menepis sangkalan negatif rakan dan teman. dan ramai antara mereka yang selesa ngan tubuh sendiri dan meneruskan aktiviti harian mereka tanpa perlu diiringi kekecewaan. bagi orang kurus seperti tulang pulak, mereka amatlah sukar untuk berisi, namun mereka sendiri yang kadang - kadang seolah - olah selesa dengan apa yang di kurniakan. Ramai antara mereka berusaha untuk makan dengan banyaknya, namun tetap juga seperti sediakal. maksudnya kadar metabolisma tubuh mereka adalah tinggi dan kadar pengambilan makanan juga faktor penyebab.
  2. Ramai juga berusaha untuk mendapatkan pasangan, berebut dan bertanding agar mereka mendapatkan sesorang dalam masa yang singkat, mahupun kerana di cabar ataupun hendak menunujuk2....tidak kurang juga yang ikhlas menjalinkan hubungan. Bagi azhar pula, keikhlasan dalam perhubungan itu lebih penting dan tidak perlulah perhubungan itu di ukur dengan betapa kerapnya mereka bertemu, betapa selalunya mereka berhubung antara satu sama lain...yang perlu hanyalah kepercyaan yang hubungan itu tetap akan berkekalan dan suatu hari nanti pasti jodoh akan menyebelahi. Perlukah kita saling menjahamkan kawan kita untuk mendapatkan seseorang?. sedih jika difikirkan kesinambungan yang bakal berlaku. kehidupan amat sukar di ramal. jika ramalan cuaca pun tidak tepat, apatah lagi hubungan manusia.
  3. kejayaan dunia dan akhirat. rata - rata belia lebih sukakan dunia.walaupun azhar juga begitu namun akhirat sukar untuk kita kejar. saban hari kita berdepan dengan masalah dunia, semua berlumba - lumba untuk mendapatkan kejayaan, UPSR 5A, PMR 7-8A, SPM 9A+ IPTA/IPTS CGPA=4.00, pkerja cemerlang~ kita tamak dengan hal duniawi manakala pemurah dalam hal akhirat.azhar pun bukan alim sangat nak menceramah namun untuk peringatan kepada diri sendiri agar lebihkan akhirat. berusaha memang berusaha namun kita leka, syaitan selalu mendapat kemenangan dalam menjatuhkan dan mengalahkan manusia. Parah apabila dalam mengejar keduniaan, rakan kita sanggup menjauhkan diri dari kita dan melupakan kita kerana mereka lebih tinggi taraf daripada kita sendiri. sedih lah kalau di fikirkan. Manusia kian lupa akan asal usul. golongan Kaya berbangga dengan kekayaan, golongan miskin terkapai - kapai mengikat perut.

ingatlah. Kejayaan yang dikecapi dengan usaha yang tidak mendapat keberkatan adalah umpama ranting kayu yang patah pada akhirnya apabila terpisah daripada dahan pokoknya.

*kekecewaan boleh ditepis sekiranya orang lain tidak
memandang serong...

Wednesday, May 26, 2010

MDS Asasi Mei 2010

sepanjang hari 25/05/10 aku dapat join MDS asasi for 1st time in my life...best..walaupun sehari aku join the full MDS..(untuk makluman semua warga UiTM...kini MMS=MDS yer~~(Minggu Destini Siswa)) disebabkan ada slot untuk MPP, so saya terasa terpanggil untuk mengisi kekosongan itu. walaupun mengantuk dan letih, para Mahasiswa/Mahasiswi masih mampu untuk memberikan respond yang terbaik...salutt la pada PB2 asasi. and especially to PB Kolej Meranti yang sangat2 berdisiplin,beretika,dengar cakap...FLEKSIBLE..hahahh...Thanx to FiFi sbb jadik Pengarah Kolej yang Baik...smoga perkenalan ngan JPK kolej meranti berkekalan k~...
Apa apa pun..PB Kolej Meranti yang terbaik jika di Bandingkan dengan PB Kolej Kenanga/Perindu dari segi Sahsiah.mungkin disebabkan kami PM seramai 8org yang menjaga 50org PB senang untuk handle group yg kecik jika di bandingkan dengan PM Kolej Kenanga/Perindu yang lebih kurang jugak bilangannya dan PB adalah seramai 200 lebih, mungkin terlepas pandang banyak perkara...xpe..at least mereka jugak yang terbaik kerana terpilih mengikuti Jurusan Asasi TESL & Undang - Undang di Kampus Shah Alam.
Sedih jugak kerana terpaksa melepaskan siswa/siswi Asasi Sains di Kampus Puncak Alam yang dahulunya menapak di Fakulti Sains Gunaan Shah Alam yang sebenarnya agak lengang jika sisiwa/siswi Asasi tidak ada. harapan agar mereka memilih Fakulti Sains Gunaan untuk first degree mereka...:)
Gembira melihat gelagat mereka yang banyak pertanyaan mengenai pelbagai benda di UiTM...Yang penting HARI NI AKU KERJA!...:p
*Keputusan Exam MPP En.Saiun Sabtu dah tau...Kejamnya~~~

Monday, May 24, 2010

CUTI!!!!

Secara rasminya aku akan bercuti esokkkk~(25/05/10) sebab aku akan Join Minggu Destini Siswa (MDS) utk asasi time slot bersama MPP & Pengarah Projek..waaaa..Besttt~..hepi dapat Cuti...
cuti yang akan dtg lak pada 11/12/13..Balik Tawau sebab kakak 2nd mau kawin~..yeay!..Balik RumaH~!

Rasa Binasa..

kadang kadang kita suka bermain dengan perasaan kita kan...
yang mana perasaan 2 yg akan buat merana..namun kita mengiyakan segalanya...
suka tak suka, kita tetap suka..apalah nak buat ni..janganlah suka ikut perasaan..huhuh
layan perasaan akan buat lagi merana.sebab apa yg kita hajati tak semestinya akan diperolehi
biarlah benda 2 ternoktah di situ sahaja dan tidak mempunyai kesudahan..
itulah org kata jika ikut rasa akan binasa...so untuk tidak binasa jgn la ikut perasaan kelak akan memakan diri sendiri..aku xnak~...tapi ntahla...putih mata kalau xdpt apa yg dihajati dan diingini kannn~

Thursday, May 20, 2010

Kerja...

org bekerja xrasa bosan ka??
buat kja yg sama setiap ari??
aku sangka bljr yg bosan..rupanya kja la plg bosan...
nasib la kja itu satu kemestian..klu xmcmna mau bayar hutang PTPTN kan..mcmna mau kahwin kannn..aduinaaa~

Wednesday, May 19, 2010

Berpraktikal di Jabatan Meteorologi PJ

Sudah seminggu 3 hari aku berpraktikal di Jabatan Meteorologi, Petaling Jaya. Pusat dan induk meteorologi di Malaysia. Aku berada di Jabatan Meteorologi Pertanian Tingkat 4 bgunan Baru...semua pekerja di sini peramah dan baik..kadang2 kalau di ikutkan best kja government ni...
Pagi kena bgun seawal pukul 6...naik bas rapid KL U80, turun kat bas stop PJ then jalan kaki dalam 10-15 minit...then sampai...ada hari tuh dalam mnggu lalu..aku lambat bangun sebab melayan sedapnya tidur, aku bgun pukul 7.30a.m, panic aku di buatnya..Nasib sempat sampai dalam pukul 8.06a.m, Syafiq hantar, my housemate...thanx so much...satu lagi lambat pagi tadi..sebab bas lambat gerak, tggu ramai pnmpang naik baru gerak..dlm 8.00pg bru aku smpai PJ, dalam 8.11a.m baru aku punch thumb..huhuh..mr. edward kata aku xpe..sebab aku student praktikal..tapi aku risau jugak kalau2 madam Is dtg melawat tgok khdiran aku byk merah...mati laaa~ terbang begitu sahaja A aku..:'{
Setiap ari dalam bas aku akan nampak org yang sama setiap ari..ada sorang tuh tiap ari aku nampak dia...then pagi ni baru dia tgur aku kja mana..dia kja PKNS PJ, dah la dia tuh laju jalan..penat kaki aku jalan laju macam dia...hahaha...
MMS Asasi pn dah nak mula..of course la aku akan join belah malam..tp risau plak aku akan keletihan...huhuh...tp tiulah pengorbanan yg harus aku hadapi...duit lak habis mencurah2 bagai ke ladang gandum...hohohoh~sedap begitu sahaja ia habis...ni duit dah nak abis..malasnya~...susah gak praktikal xde gaji nih..parah gak...kalau nak simpan duit PTPTN pn mmng tak dapat la gamaknya...utk pilihanraya dah habiskan RM500 & utang si evy Rm200..hohoh...banyak gila duit abis..utk Pilihanraya Kampus jak punn...hurm...itulah..kepada yang nak bertanding next2 sem..sila lah sediakan duit yang secukup2nya untuk diri anda dan org lainnn~ :)
apapapapun...Adios Amigos for now~

Tuesday, May 18, 2010

Sahabat

Lama sangat aku tidak mengupdate blog ini...
hanya inilah sahaja cebisan warkah yang mampu aku ungkapkan dalam bentuk tulisan..hanya ini lah yang mampu aku wadahkan tiap kata - kata, tiap kejadian dan tiap kehidupan...
Setelah berada 3 semester di Shah Alam..aku rasakan setiap semester, kehidupanku berubah..daripada seorng yg tidak dikenali kepada seorang yang dikenali...banyak yang terpaksa aku harungi untuk mencapai hasrat ini..air mata mengalir bukannya sedikit, dengan bebanan pelajaran yang bertambah tambah, dengan kawan kawan yang silih berganti mengusutkan lagi keaadaannn...
biarlah aku ceritakan apa yang berlaku kini, cukuplah kita mengimbau kenangan lalu yang hanya akan mengguris emosi dan perasaan..hanya aku yang tahu betapa pedihnya dan lukanya saat kejatuhan,saat2 aku tidak diperlukan lagi..
Ada Kisah...cerita hubungan antara 2org sahabat..namun seornagnya menyimpan kasih dan seornag hanya berlagak sahabat.tapi banyak yang dilakukan untuk menambat hati sahabat menukarkannya kepada kasih..mungkin bagi kebanyakkan orang dia berjaya..padaku ia tidak..merintih pilu dan makan hati si kasih tatkala si sahabat melayan orang lain lebih mesra..dan cerita ini masih belum ada noktahnya..lakonan masih perlu diteruskan kerana ending tidak semestinya akan berakhir sedih tapi jarang juga berakhir gembira.
Aku tah, Ramai antara kita yang selalu tersepit antara sahabat dan kekasih...bagiku aku lebih suka bersahabat kerana ikatan itu tidak akan putus berbanding dengan berkasih...MPP Shah Alam telah membuatkan ku membuka mata akan erti sebenar kehidupan. pelbagai ragam manusia, pelbagai isi hati yang perlu di tawan dan di jaga kerana kita tidak mampu untuk menjaga semua hati yang telah di sakiti ataupun yang menjadi kegembiraan..~
Saya tahu...Ramai yang makan hati dengan perangai sahabat sendiri, namun pedihnya di telan jua..sakit hati..bagai tak nak di lepaskan...hurmmm...apapun yang berlaku..kita masih mempunyai sahabat..wlpn kdg2 sahabat kita sendiri yang kita tidak boleh percayai~