Tuesday, May 18, 2010

Sahabat

Lama sangat aku tidak mengupdate blog ini...
hanya inilah sahaja cebisan warkah yang mampu aku ungkapkan dalam bentuk tulisan..hanya ini lah yang mampu aku wadahkan tiap kata - kata, tiap kejadian dan tiap kehidupan...
Setelah berada 3 semester di Shah Alam..aku rasakan setiap semester, kehidupanku berubah..daripada seorng yg tidak dikenali kepada seorang yang dikenali...banyak yang terpaksa aku harungi untuk mencapai hasrat ini..air mata mengalir bukannya sedikit, dengan bebanan pelajaran yang bertambah tambah, dengan kawan kawan yang silih berganti mengusutkan lagi keaadaannn...
biarlah aku ceritakan apa yang berlaku kini, cukuplah kita mengimbau kenangan lalu yang hanya akan mengguris emosi dan perasaan..hanya aku yang tahu betapa pedihnya dan lukanya saat kejatuhan,saat2 aku tidak diperlukan lagi..
Ada Kisah...cerita hubungan antara 2org sahabat..namun seornagnya menyimpan kasih dan seornag hanya berlagak sahabat.tapi banyak yang dilakukan untuk menambat hati sahabat menukarkannya kepada kasih..mungkin bagi kebanyakkan orang dia berjaya..padaku ia tidak..merintih pilu dan makan hati si kasih tatkala si sahabat melayan orang lain lebih mesra..dan cerita ini masih belum ada noktahnya..lakonan masih perlu diteruskan kerana ending tidak semestinya akan berakhir sedih tapi jarang juga berakhir gembira.
Aku tah, Ramai antara kita yang selalu tersepit antara sahabat dan kekasih...bagiku aku lebih suka bersahabat kerana ikatan itu tidak akan putus berbanding dengan berkasih...MPP Shah Alam telah membuatkan ku membuka mata akan erti sebenar kehidupan. pelbagai ragam manusia, pelbagai isi hati yang perlu di tawan dan di jaga kerana kita tidak mampu untuk menjaga semua hati yang telah di sakiti ataupun yang menjadi kegembiraan..~
Saya tahu...Ramai yang makan hati dengan perangai sahabat sendiri, namun pedihnya di telan jua..sakit hati..bagai tak nak di lepaskan...hurmmm...apapun yang berlaku..kita masih mempunyai sahabat..wlpn kdg2 sahabat kita sendiri yang kita tidak boleh percayai~

No comments: