
- seseorang yang ingin menjadi kurus ataupun berisi selalunya tidak mendapat sokongan ramai teman, kerana apa, Masyarakat Malaysia yang suka memandang negatif sesuatu perkara.."alah..Kalau ngko diet dan sukan walaubagaimanapun ko tetap akan jadik gemukkk"...bagi orang gemuk, sokongan daripada kawan - kawan amatlah besar dan ini akan menambahkan keyakinan mereka untuk mengurangkan berat badan. dan ada juga yang selalunya memerlukan ruang sendiri untuk bersukan dan diet kerana ini mampu untuk menepis sangkalan negatif rakan dan teman. dan ramai antara mereka yang selesa ngan tubuh sendiri dan meneruskan aktiviti harian mereka tanpa perlu diiringi kekecewaan. bagi orang kurus seperti tulang pulak, mereka amatlah sukar untuk berisi, namun mereka sendiri yang kadang - kadang seolah - olah selesa dengan apa yang di kurniakan. Ramai antara mereka berusaha untuk makan dengan banyaknya, namun tetap juga seperti sediakal. maksudnya kadar metabolisma tubuh mereka adalah tinggi dan kadar pengambilan makanan juga faktor penyebab.
- Ramai juga berusaha untuk mendapatkan pasangan, berebut dan bertanding agar mereka mendapatkan sesorang dalam masa yang singkat, mahupun kerana di cabar ataupun hendak menunujuk2....tidak kurang juga yang ikhlas menjalinkan hubungan. Bagi azhar pula, keikhlasan dalam perhubungan itu lebih penting dan tidak perlulah perhubungan itu di ukur dengan betapa kerapnya mereka bertemu, betapa selalunya mereka berhubung antara satu sama lain...yang perlu hanyalah kepercyaan yang hubungan itu tetap akan berkekalan dan suatu hari nanti pasti jodoh akan menyebelahi. Perlukah kita saling menjahamkan kawan kita untuk mendapatkan seseorang?. sedih jika difikirkan kesinambungan yang bakal berlaku. kehidupan amat sukar di ramal. jika ramalan cuaca pun tidak tepat, apatah lagi hubungan manusia.
- kejayaan dunia dan akhirat. rata - rata belia lebih sukakan dunia.walaupun azhar juga begitu namun akhirat sukar untuk kita kejar. saban hari kita berdepan dengan masalah dunia, semua berlumba - lumba untuk mendapatkan kejayaan, UPSR 5A, PMR 7-8A, SPM 9A+ IPTA/IPTS CGPA=4.00, pkerja cemerlang~ kita tamak dengan hal duniawi manakala pemurah dalam hal akhirat.azhar pun bukan alim sangat nak menceramah namun untuk peringatan kepada diri sendiri agar lebihkan akhirat. berusaha memang berusaha namun kita leka, syaitan selalu mendapat kemenangan dalam menjatuhkan dan mengalahkan manusia. Parah apabila dalam mengejar keduniaan, rakan kita sanggup menjauhkan diri dari kita dan melupakan kita kerana mereka lebih tinggi taraf daripada kita sendiri. sedih lah kalau di fikirkan. Manusia kian lupa akan asal usul. golongan Kaya berbangga dengan kekayaan, golongan miskin terkapai - kapai mengikat perut.
ingatlah. Kejayaan yang dikecapi dengan usaha yang tidak mendapat keberkatan adalah umpama ranting kayu yang patah pada akhirnya apabila terpisah daripada dahan pokoknya.
*kekecewaan boleh ditepis sekiranya orang lain tidak
memandang serong...
No comments:
Post a Comment