Wednesday, July 27, 2011

Pelik~

Kembali lagi untuk memaparkan kisah coretan. Tiba - Tiba teringat perangai pelik saya. memang banyak perangai pelik, tapi ini adalah salah satu daripadanya. Perangai pelik saya ni baru saya sedari selepas ditegur oleh Haikal dan Arfifi..ye la mereka ni housemate kat Jati..oh, tak lupa, Nasa pon pernah tegur. Perangai saya ni, saya akan keep on repeating the same song for the whole day sampai bosan. Tapi dalam 2 - 3 minggu pun tak bosan - bosan jugak. Kalau korang pernah stay ngan saya korang tahu la..memang saya suka pasang lagu dan ulang sampai bosan. Sakit jugak telinga dengar lagu yang sama, tapi dah itu memang perangai saya..susah nak di ubah, hahahah. Bukan tidak memahami sensitiviti tapi mendengar lagu umpama rawatan jiwa. umpama jer, bukan betul pon. Lebih baik baca Al-Quran kalau nak menyucikan Jiwa..:) tapi tiap orang ada cara masing - masing. Antara lagu yang pernah saya pusing berkali Kali macam Michael Bubble, Colbi Cailat, Maher Zain, Alyah, Salma dan ramai lagi..

Saya rasa korang pun akan buat benda yang sama kan kalau meminati sesebuah lagu...:)

No comments: